Nama :  Nurul Zahirah Binti Zainal Abidin

   Umur :  26 Tahun

   Ahli    : 15/6/2019 @ 2019

 

Latar belakang

 

Cik Zahirah adalah merupakan seorang usahawan dalam mengusahakan perniagaan makanan sejak 2 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil kecilan pada awalnya sehinggalah perniagaan beliau mula dikenali ramai. “Food Truck” beliau dibuka seawal 12.30 Tengahari hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad. Produk yang beliau niagakan adalah seperti buah potong, air jagung klebang original, kuih-muih, coklat, pau  dan pelbagai jenis air yang lain. Beliau meminati perniagaan seperti ini sejak merasakan potensi besar kerana kurangnya peniaga-peniaga sekeliling yang menjual seperti produk beliau usahakan. Beliau biasa berniaga bersama ayah dan ibu dan kadang-kadang dibantu oleh adik beradik yang lain. Tempat tumpuan beliau berniaga sekarang adalah di hadapan pejabat Felcra yang mana rata-rata pelanggan beliau adalah dari kalangan Pekerja dan pelajar Kolej Felcra yang berdekatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau sebelum ini tidak pernah mengetahui kewujudan PI Kg Gajah. Pada awalnya beliau berniaga hanya setempat sahaja walaupon menggunakan kenderaan Food Truck. Beliau tidak mengembangkan dan mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada masyarakat tambahan tidak menyedari akan adanya platform lain yang membolehkan perniagaan beliau lebih dikenali masyarakat. Semenjak mula menceburkan diri dengan perniagaan ini beliau tidak terdedah dengan konsep marketing seperti menggunakan banner, flyer mahupun media sosial beliau sendiri. Pendapatan beliau pada ketika itu dianggarkan mampu mencecah kepada RM800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet Malaysia Kg Gajah, beliau diberikan peluang berniaga di perkarangan Pusat Internet pada setiap kali program yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti dan lain-lain program. Dalam kaedah pemasaran yang lain beliau turut menggunakan aplikasi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Pendapatan beliau kini telah meningkat kepada RM1100 hingga RM2500 sebulan.

 

A

___________________________________________________________________________________________________

   Nama : Nurul Iman Binti Mohd Zamil

   Umur :  11 Tahun

   Ahli   :   2016

 

 

Latar belakang

 

Nurul Iman adalah merupakan pelajar darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Sagor Kg Gajah. Beliau Merupakan anak pertama dari 3 orang adik beradik. Berasal dari Kg Tanjung Bidara Kampung Gajah dan sangat meminati komputer terutama melayari internet. Disamping itu beliau juga sering berkunjung di Pusat Internet bersama ibu dan adik beradiknya untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana dan tiada kemudahan komputer dirumah telah menjadikan Pusat Internet Kg Gajah sebagai tempat untuk mengisi masa lapang. Dorongan dan sokongan daripada ibunya menjadikan beliau seorang yang kini berkebolehan dalam menggunakan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau sedikit takut dan gementar apabila menggunakan komputer. Beliau juga tidak terdedah cara-cara penggunaan komputer dengan baik kerana belum mengenal segala jenis perkakasan yang ada pada sesebuah komputer. Beliau pada mulanya menggunakan komputer di Pusat Internet tanpa dipantau dan dilihat lebih kepada sekadar mencuba tanpa tahu fungsi tersebut. Asas beliau kepada komputer sangat kurang memandangkan setiap kali menggunakan komputer perlu diberikan pendedahan bermula dari cara mengawal tetikus dan papan kekunci.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ibunya, beliau sering meminta ibunya untuk menemani ke Pusat Internet untuk mempelajari komputer. Perkara pertama yang beliau pelajari adalah mengenai perkakasan dan kemudian beliau didedahkan kepada aplikasi asas iaitu Microsoft Office 2010. Kemudian beliau juga dibimbing oleh petugas untuk menyiapkan kerja sekolah terutama menggunakan kaedah menaip. Kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dengan baik disamping sudah mula menunjukkan prestasi terbaik dengan membuat nota menerusi aplikasi Microsoft Office Word.

 

 

________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

   Nama : Zakaria Bin Mohd Ji

   Umur :  49 Tahun

   Ahli    :  14/03/2017

 

Bentuk perniagaan

Usahawan yang mengusahakan perusahaan Ikan Sangkar. Perniagaan berbentuk pembekal ikan segar kepada pembeli.

 

Latar belakang

 

En Zakaria telah berkecimpung dengan perniagaan beliau ini hampir sekitar 3 tahun dan dibantu dibawah MKMF (My Kampung My Future) iaitu sebagai peserta Rakan Fish MKMF dengan dibekalkan 5 buah bot dan 8 petak sangkar. Beliau berminat dengan perniagaan ini sejak beliau melihat sendiri potensi dan peluang yang beliau boleh gunakan di kampung beliau sendiri serta tahap keberkesanan perniagaan ini untuk jangka masa yang akan datang. Hasil daripada kajian dan pemerhatian yang beliau lakukan beliau nekad untuk memulakan perniagaan ini dibawah bantuan agensi-agensi yang terlibat bagi membantu golongan-golongan anak muda di kampung beliau untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan peluang-peluang untuk menimba ilmu dalam bidang ternakan Ikan Sangkar ini. Beliau telah banyak melibatkan diri dengan pelbagai latihan dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang terlibat bagi meningkatkan lagi pengetahuan beliau dalam bidang Ternakan Ikan Sangkar ini. Disamping itu juga beliau bergiat aktif dengan aktiviti kampung seperti menangkap ikan yang menunjukkan minat beliau dalam bidang yang beliau sedang usahakan kini sebagai peransang kepada golongan muda di kampung beliau untuk memperoleh pendapatan dan mencuri peluang-peluang yang ada di kampung sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

 

Sebelum penglibatan P.I beliau tidak didedahkan dengan etika-etika menggunakan internet dan meluaskan peluang niaga dalam saluran media sosial untuk tujuan pemasaran dan promosi yang betul. Tambahan pula mengalami kekangan masa apabila sudah berumahtangga dan fokus kepada penjagaan ternakan ikan sangkar beliau. Beliau hanya bergiat aktif setempat sahaja seperti memperkenalkan perniagaan beliau kepada jiran tetangga dan rakan-rakan lain sekitar Kampung Gajah sebelum lebih ramai komuniti lain yang mengenali perniagaan beliau. Selain itu beliau juga tidak didedahkan ilmu FBAds yang mana amat penting jika beliau ingin serius meluaskan lagi pemasaran perniagaan beliau. Pendapatan beliau pada ketika itu hanya pernah mencecah RM 2000 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet Kg Gajah, beliau mempelajari cara melakukan iklan di media sosial  dengan baik disamping beliau juga sudah berkemahiran dalam menggunakan komputer dengan asas seperti Microsoft Office disamping menggunakan media sosial sebagai paltform untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan mempromosikan perniagaan. Beliau turut mengikuti program Komuniti Pusat Internet bagi menemui pelanggan yang berminat dengan produk yang beliau usahakan disamping membantu golongan muda yang ingin mencari peluang pekerjaan. Beliau juga bergiat aktif mempromosikan produk beliau menerusi group whatsapp dan juga facebook yang mana memudahkan pelanggan-pelanggan beliau berurusan untuk membuat tempahan dengannya. Beliau turut merancang untuk mempelajari lebih mendalam lagi asas dalam pelbagai aplikasi seperti mencipta laman website sendiri bersama petugas Pusat Internet Malaysia Kg Gajah dimasa akan datang kerana beliau melihat potensi daripada website adalah lebih menarik dan mencabar untuk beliau lebih serius kearah peniagaan berkonsepkan moden kini. Banyak kelebihan yang beliau kecapi dan kini pendapatan beliau pernah menjangkau sehingga RM5000 sebulan

 

 

______________________________________________________________________________________

   Nama : Siti Norroslina Binti Noh

   Umur :  19 Tahun

   Ahli   :   2017

 

Latar belakang

 

Norroslina adalah merupakan pelajar lepasan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah. Beliau berasal dari Kampung Gajah dan sangat meminati komputer terutama melayari internet. Disamping itu beliau juga sering berkunjung di Pusat Internet untuk menimba ilmu daripada petugas. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana dan tiada kemudahan komputer dirumah menjadikan Pusat Internet Kg Gajah sebagai tempat tumpuan nya hampir setiap hari bagi mengisi masa lapangnya dengan melayari internet dan menyiapkan kerja sekolah. Dorongan dan sokongan daripada ayahnya menjadikan beliau seorang yang kini pandai dalam menggunakan komputer sekaligus menjadi teladan kepada adik beradik yang lain.

 

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau tidak diberikan pendedahan mengenai saluran menimba ilmu menerusi internet. Skema pembelajaran kini yang kian mencabar menjadikan beliau sedikit ketinggalan dalam pelajaran jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana kelas komputer di sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ayahnya sendiri, beliau sudah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu komputer. Beliau sering mendapatkan bantuan daripada petugas untuk menggunakan komputer dan diberi tunjuk ajar untuk melayari internet dengan baik. Beliau kini berkebolehan menaip dan menggunakan perisian Microsoft Office dan sebagainya. Selain daripada berkemahiran mengarang surat Beliau kini lebih cenderung ke arah mencari ilmu dan pelbagai pengalaman baru dalam bidang komputer bagi mengasah lagi kebolehan untuk bekalan beliau semasa menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

_________________________________________________________________________________________________________

 

  Nama :  Rotijah Binti Kulup Satar

   Umur :  61 Tahun

   Ahli    :  14/08/2015

 

Bentuk perniagaan

Usahawan dalam mengusahakan perniagaan jualan dan pemprosesan santan.

 

Latar belakang

Rotijah KS nama gelaran bagi Puan Rotijah adalah merupakan pesara Jabatan Kerajaan dan telah mengusahakan perniagaan tersebut selepas bersara sekitar umur beliau 54 tahun. Idea penubuhan perniagaan ini adalah daripada sokongan dan dorongan kawan-kawan beliau sendiri memandangkan umur persaraan beliau pada ketika itu semakin hampir. Perusahaan beliau terkenal dengan nama Kedai Santan Mak Ngah. Dengan modal lebih kurang RM12 Ribu beliau mula berkecimpung dengan perniagaan ini hampir 7 tahun lamanya. Dengan modal tersebut beliau membina kedai, dan membeli segala perkakasan yang diperlukan untuk proses membuat santan. Dengan bantuan anak-anak dan beberapa pekerja lain beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang beliau telah ceburi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum beliau mengenali ICT atau penglibatan bersama PI Kg Gajah beliau tidak menyedari adanya platform lain yang beliau boleh ceburi bagi mengembangkan dan mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada masyarakat. Tambahan pula pada ketika itu beliau tidak dikenali dengan media sosial dan beberapa platform lain yang boleh membantu beliau untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih baik. Perniagaan beliau pernah terkenal pada suatu ketika dahulu namun sedikit sebanyak mengurangkan prestasi perniagaan memandangkan ada sesetengah masyarakat lebih memilih untuk membeli santan yang telah siap daripada kilang. Namun beliau beranggapan bahawa sesetengah masyarakat Kg Gajah yang masih belum mengenali beliau dengan perniagaan yang beliau sedang lakukan. Pendapatan beliau pada ketika itu di anggarkan mampu mencecah RM 800 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah, beliau didedahkan kaedah pemasaran yang baik menerusi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Beliau juga menggunakan turut menggunakan peluang pemasaran melalui kaedah Facebook daripada bantuan petugas PI Kg Gajah. Selain daripada itu juga beliau turut didedahkan dengan etika semasa membuat promosi melalui kaedah pemberikan brocure. Beliau sedikit sebanyak dapat mengasah semula bakat beliau untuk menaip menggunakan komputer memandangkan sudah sekian lama bersara. Pendapatan beliau kini mampu meningkat kepada RM2000 hingga RM3000 sebulan bergantung kepada permintaan terutama pada musim perayaan.

 

 

______________________________________________________________________________________