MERCU TANDA KG GAJAH

 

 MENGENALI KAMPUNG GAJAH

Kampung gajah merupakan daerah kecil dalam Daerah Perak Tengah dan dikenali sebagai Daerah Bersejarah. Lokasinya terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Senonim dengan Durian dan pembuatan labu sayong maka tidak mustahil anda akan melihat beberapa raplika durian dan labu sayong di sekitar Kampung Gajah.

 

 

MERCU TANDA KG GAJAH1 

 

PERKATAAN ASAL NAMA KAMPUNG GAJAH, PERAK

 Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.

 1. Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

 2. Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.

 3. Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

 

 

 MERCU TANDA DI KG BANDAR LAMA

 

SEJARAH KAMPUNG BANDAR LAMA

Kampung Bandar Lama adalah merupakan tempat dimana PEDi Kampung Gajah terletak. Mengikut lagenda nama “Bandar Lama” ini wujud kerana suatu ketika dahulu kampung ini merupakan mukim pantadbiran kampung gajah. Oleh kerana perubahan masa yang pesat dan peninggalan sebagai pusat pentadbiran maka kampung ini dinamakan Bandar lama. Sabagai bukti ianya Bandar pada masa dahulu adalah terdapatnya satu Makam Diraja di sini iaitu Sultan Aluddin Mughayat Shah (Sultan Perak Ke-12)  dan Makam Bendahara Megat Terawis.