Masyarakat sendiri sedar bahawa penggunaan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan menjadi antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya. Akan tetapi, masih ramai yang mengabaikan peraturan ini.
Bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 tersebut telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

 

 

 
Mulakan dengan langkah yang kecil dan mudah.
✅SEIMBANG
Makan makanan daripada kesemua kumpulan makanan di setiap waktu makan
✅SEDERHANA
Makan secara sederhana, ikut konsep Pinggan Sihat Malaysia- Suku Suku Separuh
✅PELBAGAI
Makan pelbagai jenis makanan setiap hari
 
 
Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam komuniti bertujuan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu hati bagi menjayakan misi ini!