kggajah 1

  MAJORITI BANGSA PENDUDUK

Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih: antara sifat baik yang menjadi amalan masyarakat di sini.

Sumber - Wikipedia

 

 

kggajah 2

JUMLAH POPULASI PENDUDUK

 

Populasi penduduk yang berada di Daerah Kampung Gajah ini terbahagi kepada 6 kawasan ;

1. Kampung Gajah

- Penduduk : 8412 Orang

- Keluasan : 5957.00 Hektar

2. Pulau Tiga

- Penduduk : 3662 Orang

- Keluasan : 13727.0 Hektar

3. Pasir Salak

- Penduduk : 14079 Orang

- Keluasan : 10878.0 Hektar

4. Pasir Panjang Ulu

- Penduduk : 3434 Orang

- Keluasan : 11914.0 Hektar

5. Bandar

- Penduduk : 5176 Orang

- Keluasan : 6216.00 Hektar

6. Kota Setia

- Penduduk : 3524 Orang

- Keluasan : 8288.00 Hektar

Sumber - Pejabat Daerah Dan Tanah Kampung Gajah