Nama :  Hamidah Binti Mohammed

   Umur :  49 Tahun

   Ahli    : 15/1/2014 @ 2014

 

Latar belakang

Pn Hamidah adalah merupakan seorang peniaga kecilan dalam mengusahakan perniagaan seperti “Dropship” produk kesihatan dan selainya menjual barangan runcit. Beliau memulakan perniagaan ini sejak 10 tahun yang lalu atas dorongan untuk menyara keluarga. Produk yang beliau niagakan kebanyakkan adalah hasil tangan sendiri seperti, ikan kering, kerepek atau jajan, dan sebagainya. Beliau membuka premis di rumah secara kecil-kecilan. Minat beliau dalam berniaga ini bermula ketika beliau pernah menghadiri program keusahawanan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Tambahan pula beliau adalah salah seorang perserta Amanah Ikhtiar Malaysia. Tempat tumpuan beliau berniaga kadangkala adalah di tapak niaga pasar harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, beliau menjana pendapatan sebanyak RM200 sebulan. Kaedah beliau dalam berniaga juga lebih tertumpu dengan pelanggan yang berhampiran rumahnya seperti kejiranan dan sanak saudara. Beliau kurang aktif membuat hebahan dalam pemasaran.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, Beliau kini berjaya mengikuti cara terkini dalam membuat pemasaran terutama menggunakan atas talian seperti Whatsapp dan juga facebook. Kejayaan beliau dalam membuat pemasaran atas talian berjaya membuat jualan yang mampu memberi sedikit pulangan modal dan keuntungan. Beliau juga sangat berminat dalam mempelajari kaedah catatan harian perniagaan yang mana sebelum ini beliau sangat kurang arif dalam pengurusan kewangan. Pendapatan beliau juga kini sudah meningkat kepada RM500 sebulan.

 

                                     Produk perniagaan Puan Hamidah

 

                                             Cara perniagaan yang beliau lakukan

 

                            Penglibatan beliau dalam pemasaran menerusi media sosial facebook.

 

________________________________________________________________________________________________

 

   Nama :  Nurul Murni Aishah Bt Jaafar

   Umur :  22 Tahun

   Ahli    : 14/2/2016 @ 2016

 

Latar belakang

 

Murni adalah merupakan bekas pelajar  di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Seberang Perak Kg Gajah. Berasal dari Kg Tersusun Kampung Gajah dan sangat meminati komputer ketika dari sekolah lagi. Disamping itu beliau juga sering berkunjung di Pusat Internet bersama kawan-kawan beliau jika ada kelapangan untuk mencari peluang pekerjaan di samping menambah ilmu pengetahuan. Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa serta ahli keluarganya menjadikan beliau seorang yang kini berkebolehan dalam menggunakan komputer. Beliau sangat aktif menggunakan komputer untuk mencari peluang-peluang pekerjaan disamping membuat sebarang jenis permohonan seperti bantuan keusahawan dan sebagainya. Beliau juga merupakan peniaga kecilan dalam menjual tudung dan pakaian muslimah. Kini beliau memiliki kedai sendiri yang dibuka di pekan Kampung Gajah berhadapan dengan klinik pergigian Kampung Gajah. Beliau dahulu pernah bergiat aktif dengan Pusat Internet Kg Gajah bersama rakan beliau lain dan melibatkan diri menjadi Skuad PI Kg Gajah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau dahulu tidak pernah mengetahui akan kewujudan Pusat Internet Kg Gajah ini yang mana kemudahannya banyak diperlukan oleh beliau sendiri terutama ketika masih di bangku sekolah. Beliau juga secara tidak langsung kurang dalam pendedahan menggunakan komputer terutama bagi aspek perisian Adobe Photoshop dan Microsoft Office yang mana sangat diperlukan untuk membantu beliau dalam membuat kerja kursus sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ibu bapa serta ahli keluarganya, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi mencari peluang pekerjaan di Internet dan mengisi segala kekosongan peluang kerja serta kursus perniagaan yang 

beliau minati. Beliau juga sangat aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan Pusat Internet Kg Gajah dan secara langsungnya melibatkan diri sebagai Skuad PI Kg Gajah apabila diperlukan. Beliau juga aktif meminjam Netbook PI Kg Gajah pada ketika di bangku sekolah kerana tidak memiliki Laptop peribadi sendiri untuk menyiapkan kerja sekolah. Beliau sering terlibat dengan kelas-kelas yang meningkatkan lagi kemahiran dalam menguasai perisian suntingan gambar seperti Adobe Photoshop, dan FILMORA untuk suntingan video. Dengan usaha yang beliau tunjukkan kini beliau sudah mampu membuat pemasaran sendiri terhadap produk beliau. Beliau juga kini sudah berjaya memperolehi pekerjaan tetap di International Islamic University Malaysia berkat daripada kesabaran dan kesungguhan beliau membuat resume dan memohon pekerjaan secara atas talian.

 

                                 Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Murni

                                  Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Murni

 

____________________________________________________________________________________________________________

   Nama :  Netra Boti Binti Nurli

   Umur :  40 Tahun

   Ahli    : 25/2/2019 @ 2019

 

Latar belakang

 

Pn Netra adalah merupakan seorang usahawan dalam mengusahakan perniagaan tanaman pokok sejak 15 tahun yang lalu. Beliau memulakan perniagaan ini bersama suami secara kecil kecilan pada awalnya sehinggalah perniagaan beliau mula dikenali ramai. Premis perniagaan beliau dibuka seawal 9.00 Pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad. Produk yang beliau niagakan adalah seperti Pasu Bunga, Pokok Bunga Jasmin, Orkid dan pelbagai jenis bunga serta peralatan tanaman dan semaian. Beliau meminati perniagaan seperti ini sejak tinggal bersama suami di kampung dan merasakan ia amat memberikan potensi besar terhadap pasaran. Tempat tumpuan beliau berniaga sekarang adalah di hadapan rumah beliau sendiri yang dijadikan sebagai premis niaga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, Beliau kurang agresif dalam perniagaan menerusi atas talian. Perniagaan beliau lakukan adalah setempat iaitu di premis perniagaan beliau sendiri sahaja. Dari segi pemasaran pula beliau bergantung kepada hebahan penduduk berhampiran yang memerlukan bekalan dari pokok-pokok dan peralatan beliau. Beliau pernah juga menggunakan kaedah pemasaran dnegan menggunakan banner dan flyer yang mana menelan belanja yang tinggi dan masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan.Pendapatan beliau yang pernah beliau perolehi pada ketika itu adalah sekitar RM2500 ke RM3000 sebulan

 

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau bersama dengan PI Kg Gajah, Beliau kini mengikuti trending semasa yang mana konsep pemasaran boleh dilakukan menerusi atas talian sepert Whatsapp Business, Facebook page dan sebagainya. Potensi yang tinggi dalam kaedah pemasaran atas talian ini membuatkan beliau lebih agresif untuk memperkenalkan produk beliau pada sasaran pelanggan luar. Pusat Internet juga sudah memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti yang mana ia juga turut dapat membantu beliau dalam memasarkan produk yang sedia ada. Selain daripada itu penggunaan Instagram dan Telegram juga diperkenalkan kepada beliau bagi mengikuti pekembangan semasa. Pendapatan beliau juga kini meningkat sehingga RM5000 sebulan.

 

                                             Pemasaran menerusi media sosial facebook.

                                   Produk perniagaan Puan Netrah Tanaman Pokok (Nursery).

.

                                         Produk beliau yang siap untuk proses pengeposan

 

 

__________________________________________________________________________________________________

 

 

   Nama :  Mohd Faizal B. Ahmad Norrahma

   Umur :  35Tahun

   Ahli    : 02/02/2019 @ 2019

 

 

Latar belakang

 

En Faizal baru sahaja berkecimpung dengan perniagaan beliau pada sekitar usia 1 tahun. Beliau mendapat ilham membuka francais ketika melihat permintaan yang begitu tinggi terhadap makanan tersebut. Tambahan pula di Kampung Gajah masih kurang persaingan terhadap makanan takoyaki. Beliau diberi suntikan semangat oleh keluarga dan rakan-rakan untuk meneruskan perniagaan makanan takoyaki di tempat sendiri. Beliau juga banyak berkenalan dengan rakan-rakan beliau yang lain yang turut sama mempunyai minat untuk membuka gerai takoyaki di tempat masing-masing. Beliau banyak mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh agensi takoyaki bagi menambah ilmu, pengalaman dan langkah meningkatkan jualan. Berbekalkan dengan sedikit pengalaman niaga dalam makanan sebelum ni beliau berani mencuba dan melaburkan modal bagi membangunkan cawangan takoyaki di tempat beliau sendiri. Beliau telah menjalankan perniagaan ini bersama adik beradik serta keluarga sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan PI, beliau banyak mencuba secara sendiri dalam aktiviti pemasaran dengan menggunakan kaedah facebook dan whatsapp group seperti mana yang pernah beliau lakukan semasa mula-mula berniaga makanan pada sebelum ini. Beliau juga tidak didedahkan dengan Dashboard Komuniti yang mana merupakan salah satu platform untuk beliau melakukan pengiklanan secara atas talian. Selain daripada itu beliau juga tidak didedahkan cara membuat pelekat bungkusan serta poster iklan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Pendapatan beliau pada ketika mula beroperasi adalah sekitar RM800 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui cadangan dan bimbingan dari petugas PI Kg Gajah, beliau kini telah banyak memanfaatkan media sosial sebagai salah satu platform berniaga dengan baik disamping penglibatan beliau dalam membuat iklan menerusi facebook page niaga sepertimana yang beliau mula rancangkan dahulu. Beliau juga bercadang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kaedah copywriting di sosial media dan cara menarik pelanggan. Selain daripada itu beliau turut didedahkan cara efektif menggunakan FB Massenger untuk menarik minat dan memudahkan pengurusan dengan pelanggan. Pendapatan beliau kini sudah mampu mencecah RM2700 sebulan.

 

 

          Penggunaan Facebook yang ditunjukkan oleh En Faizal dalam kegiatan pemasaran produk selainnya.

 

                                                       Gambar Gerai Takoyaki milik En Faizal

 

                                        Produk makanan yang diniagakan di Takoyaki milik En Faizal

 

_____________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama :  Harizan Binti Daud

   Umur :  40 Tahun

   Ahli    : 5/10/2019 @ 2019

 

Latar belakang

 

Pn Harizan telah berkecimpung dengan perniagaan beliau ini hampir sekitar 3 tahun. Bermula daripada minat dan akhirnya beliau telah mencuba sendiri untuk menjadikan minat sebagai peluang untuk menambah ilmu, pengalaman dan pendapatan. Beliau banyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai agensi untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam perniagaan yang beliau ceburi. Beliau juga banyak berkenalan dengan rakan-rakan niaga yang lain yang juga sama mempunyai minat dan perniagaan yang sama. Pada masa yang sama beliau juga turut mengisi masa lapang dengan berkunjung ke rumah-rumah rakan untuk berkongsi resipi baru yang beliau ada. Beliau pernah jatuh dan bangun semula sepanjang tempoh usia perniagaan beliau kerana persaingan yang kuat dan kaedah pemasaran yang pelbagai daripada saingan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan PI, Beliau banyak bergerak sendiri dalam pemasaran produk beliau disamping berbelanja untuk mengupah orang dalam membuat “banner” pemasaran dan “flyers” beliau sendiri. Beliau juga pada sebelum ini tidak mengetahui akan fungsi PI Kg Gajah yang mampu salurkan pelbagai peluang kepada beliau dalam pemasaran. Perniagaan beliau banyak dilakukan melalui hebahan rakan-rakan beliau sendiri. Pendapatan beliau pada dahulu mencecah angka RM9000 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui cadangan dan bimbingan dari petugas PI Kg Gajah, beliau kini sudah kerap menggunakan media sosial sebagai platform untuk membuat pemasaran terhadap produk beliau. Beliau juga didedahkan dengan asas pemasaran produk beliau melalui

aplikasi dashboard komuniti. Beliau juga merancang untuk mempelajari Pengurusan Kewangan, Rancangan Perniagaan dan asas dalam mencipta laman web seperti blog pada masa akan datang. Beliau juga didedahkan tentang kaedah FB Ads yang mana mampu meningkatkan lagi pemasaran beliau dimasa akan datang. Selain itu dengan penggunaan instagram juga mampu meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat akan kewujudan perniagaan beliau. Pendapatan beliau kini sudah mencapai angka RM11000 sebulan.

 

 

 

______________________________________________________________________________________________________________