Nama : Noryati Binti Arifin

   Umur :  49 Tahun

   Ahli    : 11/7/2018 @ 2018

 

Latar belakang

Pn Noryati merupakan usahawan yang menjual kuih muih. Beliau sudah melibatkan diri dalam perniagaan ini hampir 2 tahun semenjak 2019. Beliau berniaga secara kecilan dengan penglibatan bersama agensi Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menyuntik modal untuk meluaskan lagi pasaran produk beliau. Beliau pernah mengikuti berbagai kursus-kursus kemahiran terutama dalam penyediaan makanan bagi membolehkan beliau dapat merealisasikan impian dan berjaya dalam bidang yang diceburi

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan PIK, beliau tidak berpeluang untuk mendapatkan bantuan bimbingan dari segi pemasaran dan pembungkusan serta perlabelan produk. Beliau lebih cenderung memasarkan produk di pasaran setempat. Pada ketika ini pendapat beliau mampu dijana sehingga RM250 sebulan bergantung pada musim.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan dengan PIK, beliau sudah serasi menggunakan komputer dan berkemahiran dalam menggunakan beberapa aplikasi di telefon pintar.

Beliau sudah mula menggunakan pelbagai kaedah dalam pemasaran terutama penggunaan Facebook. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya media sosial seperti penggunaan Aplikasi Whatsapp dan lain-lain platform bagi meningkatkan lagi iklan perniagaan beliau. Beliau juga dapat mempelajari cara untuk menggunakan perisian Microsoft Office Excel, disamping itu turut cekap dalam menaip ketika mendapat latihan di Pusat Internet Komuniti Kg Gajah. Pendapatan beliau juga kini sudah mampu melebihi RM500 sebulan.

 

Contoh label produk dan pembungkusan Produk Pn Noryati

 

Lain-lain kaedah pembungkusan dan perlebelan produk

Penggunaan Facebook yang ditunjukkan oleh Pn Noryati dalam pemasaran

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama : Norhidayah Binti Abdul Moin

   Umur :  42 Tahun

   Ahli    : 11/072018 @ 2018

 

Latar belakang

Pn Hidayah seorang usahawan yang berminat dengan perniagaan pemprosesan hasilan soya dan ikan rebus sejak 2009 yang lalu. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal yang kecil dan dibantu dibawah skim Felcra, Pertaniaan, Fama dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Impian beliau adalah untuk meneruskan tradisi daripada ibu nya yang mempunyai kelebihan dan kemahiran dalam membuat proses hasilan soya dan ikan rebus tanpa perut. Beliau menimba ilmu dalam pelbagai program-program keusahawanan yang pernah dianjurkan oleh pelbagai agensi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan PIK, perniagaan beliau lebih sistematik dan teratur dengan pengurusan yang cekap dan seimbang. Beliau dibimbing dari beberapa agensi yang menganjurkan program keusahawan. Pendapatan beliau juga mencecah angka RM10 Ribu sebulan dan mempunyai beberapa cawangan yang memasarkan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan dengan PIK, beliau banyak mendapatkan bimbingan daripada petugas untuk perkara-perkara yang berasaskan seperti Cetakkan, Pengisian borang secara atas talian, dan sebagainya. Beliau juga dibimbing menggunakan pengisian Whatsapp sebagai alternatif dalam pemasaran beliau selain daripada menggunakan Facebook. Beliau juga berpeluang mempelajari cara-cara pengurusan kewangan serta pembungkusan dan perlabelan produk. Pendapatan beliau mencecah RM25 Ribu sebulan

 

Contoh produk yang dijual oleh Puan Norhidayah

 

Contoh konsep pembungkusan produk pilihan beliau

Penggunaan Facebook dan Shopee yang ditunjukkan oleh Norhidayah dalam pemasaran

___________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama :Zalina Binti Ali

   Umur :  56 Tahun

   Ahli    : 9/7/2019 @ 2019

 

Latar belakang

Pn Normah merupakan seorang usahawan penternak haiwan ternakkan seperti lembu dan ayam kampung segar. Selain daripada itu beliau juga turut fokus kepada perkhidmatan lanskap. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2015 iaitu selama 6 tahun usia perniagaan beliau. Beliau mendapat ilham dalam perniagaan ini kerana minat dalam penternakkan haiwan sekaligus memberikan ruang kepada beliau untuk memperolehi pendapatan sendiri. Beliau memulakan perniagaan dengan modal kecil dan membesarkan perniagaan mengikut peringkat. Beliau turut mengikuti pelbagai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai agensi bagi memantapkan lagi kemahiran beliau serta membina keyakinan diri dan kemahiran beliau dalam merialisasikan impian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan PIK, beliau kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer. Beliau banyak mendapatkan bantuan daripada orang lain untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan komputer. Beliau kurang arif dalam memaparkan strategi pemasaran yang terbaik untuk perniagaan beliau. Pada ketika ini pendapat beliau mampu dijana sehingga RM1000 sebulan bergantung pada musim.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan dengan PIK, beliau sudah mahir dalam menggunakan komputer dan berkemahiran dalam menggunakan beberapa aplikasi di telefon pintar.

beliau sudah mula menggunakan pelbagai kaedah dalam pemasaran terutama penggunaan Facebook. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya media sosial seperti penggunaan Aplikasi Whatsapp dan lain-lain platform bagi meningkatkan lagi iklan perniagaan beliau. Beliau juga dapat mempelajari cara untuk menggunakan perisian Microsoft Office Excel, disamping itu turut cekap dalam menaip ketika mendapat latihan di Pusat Internet Komuniti Kg Gajah. Pendapatan beliau juga kini sudah mampu melebihi RM2000 sebulan.

 

Bengkel yang pernah dihadiri oleh Puan Zalina

Contoh haiwan ternakkan oleh Puan Zalina

Puan Zalina ketika memberikan makanan kepada ternakkannya

Penggunaan Facebook yang ditunjukkan oleh Pn Zalina dalam pemasaran

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama : Aminoor Farra Aliya Bt Aminuddin 

   Umur :  18 Tahun

   Ahli    : 25/11/2016 @ 2016

 

Latar belakang

Farah adalah merupakan bekas seorang pelajar dari sekolah SMK Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Beliau adalah merupakan penggemar kepada gajet semasa di bangku sekolah rendah lagi. Beliau bermula mengenali dan menggunakan komputer ketika mengikuti kelas komputer di sekolahnya. Selain itu kemahiran beliau dalam menggunakan internet juga dipupuk semasa di bangku sekolah lagi atas minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru. Beliau mula mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Kampung Gajah pada tahun 2016 bagi memenuhi hasrat ibu bapa untuk beliau belajar lebih mendalam tentang ilmu berkenaan komputer. Beliau berasal daripada keluarga sederhana tidak menjejaskan hasrat beliau untuk memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat beliau menimba ilmu dan mencungkil bakat selain daripada membuat kerja sekolah.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau melibatkan diri dengan perkhidmatan PIK Kg Gajah ini, beliau banyak menghabiskan masa hanya di rumah untuk menyiapkan tugasan sekolah. Dirumah beliau tidak memiliki komputer dan lebih cenderung mengguna gajet untuk berhubung dengan rakan-rakan jika ingin bertanya mengenai kerja sekolah. Justeru pada sudut pengetahuan beliau mengenai penggunaan komputer ini agak kurang kerana kekangan memiliki komputer sendiri di rumah

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, beliau begitu banyak memanfaatkan internet dengan baik disamping semakin cekap dalam penggunaan perisian Microsoft Office Word bagi menyiapkan kerja sekolah beliau semasa di bangku sekolah. Kini beliau banyak menggunakan komputer bagi membuat permohonan sambung belajar dan selain daripada itu memanfaatkan untuk membuat resume kerja bagi permohonan kerja secara atas talian. Selain itu beliau juga kini berdaya saing dengan rakan-rakan yang lain dalam aspek pengetahuan tentang komputer kerana banyak memanfaatkan internet ke arah pembelajaran dan kursus secara atas talian yang kini banyak dilaksanakan secara percuma di media sosial.

 

Aktiviti kelas yang dihadiri oleh Farah Aminoor

Permohonan UPU yang dibuat oleh Farah Aminoor

________________________________________________________________________________________________________________________

   Nama : Nurul Aini Binti Zainon

   Umur :  40 Tahun

   Ahli    : 28/03/2018 @ 2018

 

Latar belakang

Pn Nurul Aini merupakan seorang surirumah yang berminat dalam berniaga sejak 2018 yang lalu. Bermulakan dengan modal yang kecil serta tiada pengalaman berniaga menjadikan beliau nekad untuk berusaha bagi meningkatkan mutu produk dan ilmu dalam perniagaan. Beliau banyak menghadiri program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan dengan PIK, perniagaan beliau bergerak secara sederhana dan disokong oleh rakan-rakan dan saudara mara beliau sendiri. Pendapatan beliau juga pada ketika itu mampu menjana sehingga RM 800 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan dengan PIK, beberapa kursus pernah ditawarkan kepada beliau terutama dalam perniagaan atas talian seperti Shopee. Beliau juga banyak memanfaatkan Platform seperti Whatsapp, Telegram, Instagram, Facebook dan Shopee untuk meningkatkan perniagaan beliau. Beliau menggunakan kemahiran dalam membuat “copywriting” iklan untuk mengukuhkan lagi kewujudan perniagaan yang beliau buat kepada pelanggan. Pendapatan beliau kini boleh mencecah sehingga RM1500-2000 sebulan.

 

Contoh produk yang dijual oleh Puan Nurul Aini

 

Contoh konsep perniagaan beliau lakukan

 

Penggunaan Facebook dan Shopee yang ditunjukkan oleh Puan Nurul Aini dalam pemasaran

 __________________________________________________________________________________________________________________