photo1704947838 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- PINJAMAN NETBOOK UNTUK AHLI NADI KG GAJAH -

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Gajah  telah menyediakan Netbook untuk dipinjamkan kepada semua ahli berdaftar sahaja. 

Tempoh pinjaman tidak boleh melebihi 30 Hari dari tarikh mula pinjam.

Syarat adalah seperti berikut ;

- Urusan pinjaman / pulangan tidak boleh diwakili oleh pihak lain.

- Netbook hanya boleh dipinjam oleh ahli NADI Kg Gajah sahaja.

- 1 Unit untuk seorang pendaftar sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh berkunjung ke NADI Kg Gajah. Kemudahan ini disediakan untuk memudahkan pelajar / penduduk kg di sekitar untuk membuat tugasan menggunakan netbook atau melayari internet dengan tujuan berfaedah.

Sila hebahkan kemudahan pinjaman Netbook ini kepada semua warga yang lebih memerlukan dan menghargai kemudahan ini.

Pendaftaran untuk menjadi Ahli NADI hanya serendah RM5.00 untuk seumur hidup dan miliki lebih banyak kelebihan yang akan diperolehi pada masa akan datang

Terima Kasih.

 

#JomKeNADIKgGajah#