Ada beberapa institusi pendidikan di sini iaitu :

1. Pusat latihan UiTM cawangan Kampung Gajah
2. Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah
3. Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
4. Sekolah Menengah Agama Raja Dr.Nazrin Shah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela
6. Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
7. Kolej Komuniti Pasir Salak
8. Maktab Rendah Sains Mara Kampung Gajah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
9. iGrow Challange, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
10. Giat Mara, Pulau Tiga Kampung Gajah

 

Pusat latihan UiTM cawangan Kampung Gajah

Pusat Latihan UiTM mula beroperasi pada Disember 1996 di sebuah kawasan perlombongan peninggalan Malaysian Minning Corporation (MMC) di Kg. Sungai Galah, Perak. Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan tanah seluas 500 ekar di Lot 4147,3342 dan Lot 2779 untuk dimajukan sebagai Pusat Latihan UiTM. Terdapat 26 buah banglo peninggalan syarikat MMC dan 9 buah daripadanya telah dibangunkan sebagai bangunan asrama,surau dan rumah tamu. Sementara beberapa bangunan lain telah dijadikan Pejabat Pentadbiran dan Dewan Makan. kini pembangunan di Pusat Latihan UiTM semakin pesat membangun di mana beberapa buah bangunan baru di dalam Projek RMK-9 yang menempatkan sebuah Bangunan Pentadbiran, Bangunan Kediaman empat tingkat dan Dewan Bankuet telah beroperasi pada Julai 2011

Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (PLUiTM) adalah sebuah organisasi di bawah kelolaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Pejabat Pendaftar. Kedudukannya adalah di Daerah Perak Tengah, bersempadan diantara Pekan Kg. Gajah dan Pekan Tanjung Tualang, Perak. Pusat Latihan UiTM menyediakan tempat berkursus kepada kakitangan UiTM, ia juga terbuka kepada organisasi luar dengan menyediakan kelengkapan infrastruktur yang serba moden.

Persekitaran Pusat Latihan UiTM yang menghijau, dikelilingi dengan bekas-bekas lombong mempunyai keistimewaan tersendiri, amat sesuai dijadikan pilihan tempat berkursus bagi yang mementingkan ketenangan dan kedamaian serta dapat mengurangkan stress.

Kemudahan Yang Disediakan:-

1. Bilik Kediaman
2. Dewan Seminar & Bilik Tutorial
3. Dewan Bankuet
4. Makmal Komputer
5. Wifi
6. Bilik Mesyuarat
7. Surau
8. Gimnasium
9. Gelanggang Sukan (Badminton, Ping-pong, Tenis, Bola Tampar)

 

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak

 

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP)merupakan salah satu komponen dalam FELCRA Berhad. Ia telah dipertanggungjawab kepada anak syarikat iaitu FELCRA Training & Consultancy Sdn. Bhd. untuk urustadbir dan pengendaliannya.

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP)yang sebelumnya dikenali sebagai Sekolah Latihan FELCRA mula beroperasi pada 02hb Januari 1992 dipremis beralamat Bandar Baru Seberang Perak, Kampong Gajah, berada di daerah Perak Tengah di kawasan seluas 22 ekar. Jarak antara SLF dengan bandaraya Ipoh ialah 80km, Sitiawan - 52km, Teluk Intan - 39km dan Kampong Gajah - 10km. 

Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) juga berhampiran dengan lokasi-lokasi menarik dan bersejarah. Antaranya ialah Kompleks Bersejarah Pasir Salak di Kampong Gajah, Peranginan Pantai Teluk Batik, menikmati kelazatan makanan laut di Lumut dan berkunjung ke Menara Condong di Teluk Intan. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati bumi hijau pertanian Seberang Perak kerana ia merupakan sebuah Desa Wawasan yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 07hb Julai 1996. Ia juga merupakan estet padi terbesar di Asia Tenggara.

Perkhidmatan

Secara dasarnya, Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) menyediakan perkhidmatan rundingan latihan dan kemudahan sewaan latihan yang terbuka kepada umum dan tidak terbatas kepada staf-staf Felcra Berhad semata-mata. Penyediaan tempat penginapan juga sangat kondusif dan kompetitif serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan layanan yang sentiasa mesra pelanggan. Selain itu, pihak Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak (PLFSP) juga merupakan pusat pengembangan ICT dengan menawarkan kemahiran ICT kepada semua lapisan masyarakat. 

Pembinaan bangunan tambahan

Pada waktu sekarang jika di lihat kerja-kerja pembinaan sedang giat di jalankan untuk keselesaan peserta kursus yang menhadiri kursus di sini. Penambahan bangunan seperti penginapan dan dewan serta dewan makan juga di beri bembaharuan. Keseluruhan kerja-kerja ini di jangka siap pada awal tahun depan.

Bandar Baru Seberang Perak, 36800 Kg Gajah, Perak.
Tel : 05-6551809
Fax : 05-6551109

 

Kolej Komuniti Pasir Salak

Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada semua anggota masyarakat yang memerlukannya. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar atau kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk mendapatkan latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ini bermakna KKPS menyediakan kursus peningkatan kemahiran kepada masyarakat setempat tanpa mengira had umur bagi membantu mereka meningkatkan kualiti hidup.

Kolej ini mula beroperasi pada April 2003, di kampus sementara secara menumpang di Sekolah Menengah Teknik Seri Iskandar di Seri Iskandar, Perak. Ketika itu kolej ini bermula dengan kekuatan hanya tiga orang kakitangan yang diketuai oleh seorang pengetua dan dua orang pensyarah. Kini, KKPS telah pun berpindah ke premis tetap di Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak dan kini mempunyai seramai 76 orang kakitangan. Mengikut statistik pelajar bermula dengan pelajar seramai 27 orang dan kemudian bertambah hingga mencecah seramai 415 orang.

Kini, ramai bekas graduan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) telah berjaya menempa kejayaan tersendiri. Ramai di antaranya telah berjaya mendapat peluang kerjaya bersesuaian dengan bidang yang diambil. Contohnya pelajar Sijil Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Pasir Salak(KKPS) berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta, bekerja di kedai-kedai komputer dan ramai juga yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di politeknik dan universiti. 

Sumber :www.kkpsa.edu.my

 

Giat Mara

Pusat Giat Mara Pasir Salak yang terletak di Kampung Pulau Tiga adalah salah satu tempat untuk para pelajar lepasan Spm yang berminat untuk mempelajari dalam bidang Hiasan Dalaman, Teknologi Baikpulih Megecat Kenderaan, MenjahiT Pakaian serta Pertukangan.

Kursus yang di beri selama 6 bulan sahaja dan sepenuh masa di tanggung oleh MARA  dan di beri alaun sebanyak RM 200.00 sebulan pada setiap pelajar. Waktu pembelajaran yang bermula seawal pukul 8.00 pagi – 5.00 petang sama seperti waktu persekolahan yang pasti tidak memberi masalah untuk para pelajar mengikuti kursus yang di tawarkan.

Kursus ini di buka kepada bumiputra dalam lingkungan usia 15-40 tahun. 

 

iGrow Challange

Institut Agro Usahawan yang dahulunya dikenali sebagai Kem Dato Sagor merupakan sebuah institut pertanian berteraskan keusahawanan yang pertama seumpamanya di Malaysia. iGROW ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja mahir dalam bidang pertanian. Tidak terhad kepada itu, iGROW juga bermatlamat untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda akan betapa pentingnya sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi negara. Terletak bersebelahan dengan Sek. Men. Agama  Dr. Nazrin Shah, dan 3km dari pekan Kampung Gajah.

 

Sekolah Menengah Agama Raja Dr. Nazrin Shah

SM Raja Dr. Nazrin Shah (SMRDNS) ini salah satu dari 3 buah sekolah menengah agama di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Perak, selain SM Izzudin Shah & SM Raja Perempuan Ta'yah di Ipoh.

Sekolah ini juga ada sebuah masjid yang unik. Walau bangunannya satu, tetapi ruang solat lelaki & perempuan dipisahkan, oleh sebuah mini taman di tengah2nya. Ruang solatnya luas, penuh dengan sumber2 ilmu dari mini khutub khanah di setiap tiang. Dikatakan, usrah & tazkirah sentiasa dijalankan selepas maghrib.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Besar, Kampong Gajah,Sekolah  ini telah di buka pada tahun 1965 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kampung Gajah. Pada tahun 1970 satu masyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah dan Ibu bapa telah bersetuju untuk menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela dan nama ini telah digunakan mulai 20 September  1976 iaitu selepas perasmiannya yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seru Sultan Perak. Pada tahun ini genaplah empat puluh tujuh tahun usia sekolah kita dan tentu sekali ribuan lepasan sekolah telah dikeluarkan untuk sama-sama membagun dan menyumbang kepada agama, bangsa dan kemajuan negara.

 

Sekolah Kebangsaan Dato Sagor

Tertubuh tahun 1850 sebagai Sekolah Mengaji Al-Quran di tebing Sg Perak dan akhirnya menjadi sekolah Melayu. Akibat sering dilanda banjir satu tapak baru dipindahkan berhampiran Bukit Tunggal di tepi jalanraya menuju ke Ipoh pada tahun 1980 gitu. Sekolah ini terus berkembang dan menjadi antara sekolah Cemerlang di Daerah Perak Tengah. Melahirkan ramai individu terkenal dan berjaya dalam profesyen masing2.

 

Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak

Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak merupakan Maktab Rendah Sains MARA yang ke-4 di Perak dan yang ke-31 beroperasi di Malaysia. Maktab ini telah mula beroperasi pada 17 Februari 2003 dengan pengambilan pelajar yang pertama berjumlah 261 orang. 

Pada waktu itu, tenaga kerja Maktab ini terdiri daripada guru-guru dan kakitangan yang berjumlah 25 orang sahaja. Bilangan tersebut tidak termasuk pihak pengurusan tertinggi Maktab. Sehingga kini warga MRSM Pasir Salak yang terdiri daripada guru, kakitangan dan pelajar telah berkembang hingga hampir 900 orang.

Pekan yang berhampiran dengan MRSM Pasir Salak ini ialah pekan Kampung Gajah. Jarak di antara MRSM Pasir Salak ke pekan tersebut ialah 4 kilometer. Manakala bandar Teluk Intan merupakan bandar yang terhampir kira-kira 30 kilometer dari pekan Kampung Gajah. Bas dan teksi merupakan kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di pekan ini.

Sumber:http://mrsmpsalak.edu.my