Klinik Kampung Gajah

 

KLINIK KESIHATAN KAMPUNG GAJAH

Kinik kesihatan ini ditempatkan di kawasan berhampiran pekan kampung gajah. Bagi mereka yang tinggal berhampiran Pekan Kampung Gajah ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka menerima rawatan. Klinik ini dapat menampung populasi penduduk yang ramai di sekitar taman perumahan dan kampung -kampung berhampiran dengannya. Selain daripada Klinik Kampung Gajah ini turut ada Klinik kesihatan lain seperti Klinik Kesihatan Changkat Lada dan Klinik Kesihatan Ulu Dedap Seberang Perak yang terletak lebih kurang 15KM keatas dari Klinik Kesihatan Kampung Gajah ini bagi tujuan membekalkan perubatan dan rawatan kesihatan di mukim yang berkenaan yang juga kawasan tumpuan ramai penduduk.

klinik desa pasir putih

KLINIK DESA SETIAP MUKIM KAMPUNG GAJAH

Klinik Desa ini diperkenalkan sekian lama dengan operasi yang sama seperti klinik kesihatan lain ditempat di hampir setiap Mukim yang terletak di daerah kampung gajah ini. Ini bertujuan bagi memudahkan peduduk berhampiran mendapatkan rawatan terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan atau kesulitan untuk mendapatkan rawatan di tempat yang jauh. Klinik Desa ini amat membantu masyarakat dalam menyekang kepada kemerosotan kesihatan bagi mereka yang tinggal jauh dari hospital besar atau klinik kesihatan.

 

 

Kinik Asri

 

INFO BERKENAAN POLIKLINIK DAN KLINIK DESA BERDEKATAN KAMPUNG GAJAH

Bagi menjamin taraf hidup dan kesihatan yang sihat, terdapatnya Poliklinik Kesihatan Kampung Gajah yang terletak di tengah-tengah Pekan Kampung Gajah yang telah beroperasi lebih 10 tahun bagi menampung populasi penduduk setempat untuk menerima rawatan.

 

klinik mokhtar

 

Dengan kemudahan klinik yang dapat menampung keperluan penduduk khususnya akan dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik kepada masyarat dan memudahkan segala urusan penduduk setempat bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.