Jambatan Bagan Datuk

JAMBATAN BARU DARI KAMPUNG SEJAGOB KE BAGAN DATUK

Jambatan itu memberi kemudahan kepada akses laluan pengangkutan utama dengan masa lebih singkat seperti ke Lembah Klang dan Pelabuhan Lumut, selain menghubungkan Bagan Datuk dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Jambatan sepanjang 1.54km merentasi Sungai Perak itu menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan Perak Tengah yang bakal memberi manfaat kepada 70,300 penduduk sekitar dua daerah berkenaan.

Projek yang menelan belanja RM406 juta itu turut membabitkan pembinaan jalan sejauh 8.2 kilometer (km) menggunakan 'elevated road' bagi mengatasi masalah tanah gambut di sebelah Bagan Datuk.

 

Kemudahan Kg Gajah 1

RINGKASAN KEPADA KEMUDAHAN AWAM YANG TERSEDIA

Terdapat beberapa kemudahan asas di sini bagi kegunaan dan kemudahan masyarakat di sini. Antaranya pondok telefon,hentian bus Kg.Gajah, kompleks sukan, masjid, surau, kemudahan pengangkutan seperti bas dan teksi. 

                                                                    

i.  Jalan kampung
   - Berturap 100%, Pertanian : 705

ii.  Bekalan Air
    - Air Paip (LAP) : 100%

iii.  Bekalan Elektrik
     - TNB 100%

iv. Tanah Perkuburan Islam : 8 Tempat

v.  Padang Pemainan : 5 Tempat

vi. Padang Bola Sepak: 9 Padang

    - Pondok Hentian Bas: 14 Pondok
    - Telefon Awam: 10 Buah
    - Jambatan Besi / kayu: 3 Buah

Sebanyak 2 buah bas MARA Liner disediakan di sini.

Destinasi

Waktu Perjalanan

 Kg. Gajah – Teluk Intan 

 8.30pagi, 10.30pagi, 12.30t/hari, 2.00ptg, 5.30ptg 

 Kg. Gajah - Ipoh

 9.30pg, 12.30t/hari, 4.30ptg

 Kg. Gajah - Parit

 8.00pagi,10.00pagi,/1.00 ptg,3.00 ptg