Nama : Nurul Aidil Adha Binti Mohd Nasir

   Umur :  14 Tahun

   Ahli    : 9/7/2019 @ 2019

 

Latar belakang

Nurul adalah merupakan seorang pelajar tingkatan 2 sekolah SMK Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Beliau adalah merupakan penggemar kepada komputer semasa di bangku sekolah rendah lagi. Beliau bermula mengenali dan menggunakan komputer ketika mengikuti kelas komputer di sekolahnya. Selain itu kemahiran beliau dalam menggunakan internet juga dipupuk semasa di bangku sekolah lagi atas minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru. Beliau mula mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Komuniti Kampung Gajah pada tahun 2019 bagi memenuhi hasrat ibu bapa untuk beliau lebih mendalam dalam ilmu berkenaan komputer. Berasal daripada keluarga sederhana tidak menjejaskan hasrat beliau untuk memanfaatkan Pusat Internet sebagai tempat beliau menimba ilmu dan mencungkil bakat selain daripada membuat kerja sekolah.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau melibatkan diri dengan perkhidmatan PIK Kg Gajah ini, beliau akan menghabiskan masa hanya di rumah untuk menyiapkan tugasan sekolah. Dirumah beliau tidak memiliki komputer dan menyukarkan beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah dan kelas secara atas talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, beliau dilihat yakin memanfaatkan internet dengan baik disamping semakin cekap dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word bagi menyiapkan kerja sekolah beliau. Selain itu beliau juga pandai memanfaatkan komputer untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh guru secara atas talian. Beliau juga dapat menimba pelbagai ilmu lagi dengan mengekses internet serta laman youtube dalam mencari sumber dan panduan ilmu rujukan. Beliau dilihat kini berdaya saing dengan pelajar lain dalam aspek pengetahuan tentang komputer.

 

 

Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Nurul Aidil Adha

 

Hasil Kerja Sekolah Nurul Aidil Adha

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama : Noriha Binti Muhammad

   Umur :  48 Tahun

   Ahli    : 23/12/2018 @ 2018

 

Latar belakang

 

Pn Noriha merupakan seorang usahawan dalam bidang masakan. Tempoh perniagaan beliau kini sudah mencapai setahun dan mengusahakan bersama keluarga beliau sendiri. Beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan ini kerana bakat dan kemahiran beliau miliki iaitu memasak. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal yang dikumpul sendiri sejak bekerja dahulu. Beliau memiliki minat dalam masakan ini sejak mendapat sokongan dan dorongan dari ahli  keluarga bagi meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan. Beliau jugabanyak mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak bagi membina keyakinan dan kemahiran beliau dalam merealisasikan impian untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 

Sebelum penglibatan dengan PIK, perniagaan beliau bergerak secara sederhana dan dibantu oleh ahli keluarganya sendiri. Pendapatan beliau juga pada ketika itu mampu menjana sehingga RM 2000 sebulan. Dari sudut pemasaran beliau dibantu ahli keluarga menerusi hebahan menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penglibatan dengan PIK, beliau sudah mula menggunakan pelbagai kaedah lain dalam pemasaran terutama penggunaan Facebook Page. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya media sosial seperti penggunaan Aplikasi Whatsapp dan lain-lain platform bagi meningkatkan lagi iklan perniagaan beliau. Beliau menggunakan kemahiran dalam membuat “copywriting” iklan bagi menyampaikan perniagaan beliau secara lebih meluas lagi. Beliau juga turut menggunakan khidmat penghantaran makanan bagi memudahkan urusan pelanggan yang tinggal jauh. Beliau juga dapat mempelajari cara untuk menguruskan kewangan menerusi perisian Microsoft Office Excel, disamping cekap dalam urusan menaip setelah mendapat latihan di Pusat Internet. Pendapatan beliau juga kini sudah mampu melebihi RM4000 sebula.

 

                                                                                                        

Contoh Produk yang dihasilkan oleh Pn Noriha

 

 

 

Ruang kerja yang digunakan oleh Pn Noriha

 

Penggunaan Facebook yang ditunjukkan oleh Pn Noriha dalam pemasaran.

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

   Nama : Muhammad Thabrani Bin Abdul Sani

   Umur :  16 Tahun

   Ahli    : 19/1/2017 @ 2017

 

 

Latar belakang

 

Thabrani adalah merupakan pelajar  di Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Thabrani ini adalah merupakan salah seorang pelajar yang sedikit pendiam dan kurang menyerlah daripada rakan sebayanya yang lain terutama dalam aspek pendidikan. Di sekolah juga beliau amat menggemari sukan dan menyertai pelbagai sukan dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau berasal daripada golongan keluarga yang sederhana dan memaksa beliau untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di Pusat Internet bagi menyiapkan segala tugasan sekolah yang perlu dibuat. Tambahan pula beliau tidak mampu untuk memiliki sendiri komputer riba dan akan membuat pinjaman Netbook di Pusat Internet apabila diperlukan. Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa serta ahli keluarganya membuatkan beliau bergiat aktif dengan segala aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Internet seawal beliau menjadi ahli.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau tidak terdedah dengan kemahiran menggunakan komputer dengan betul terutama dalam menguasai penggunaan perisian seperti Microsoft Office. Beliau sering dilihat agak kekok ketika membuat kerja sekolah apabila ingin mencari sumber bahan di komputer. Selain daripada itu, beliau juga tidak pandai untuk menguasai cara menggunakan komputer dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah mendapat Dorongan dan sokongan serta nasihat daripada ibu bapa serta ahli keluarganya, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet bagi mendapatkan bantuan dari segi kerja kursus jika melibatkan komputer. Petugas juga memantau dan membantu beliau dengan setiap persoalan yang beliau utarakan bagi menyiapkan kerja kursus yang perlu siapkan. Sejak daripada itu segala aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau akan memaparkan semangat dan aktif dengan pertandingan menggunakan komputer seperti Dashboard Komuniti dan lain-lain. Beliau juga turut melibatkan diri secara langsung sebagai Skuad PI Kg Gajah apabila petugas memerlukan khidmat beliau. Beliau juga aktif meminjam Netbook PI Kg Gajah. Beliau sering terlibat dengan kelas-kelas yang meningkatkan lagi kemahiran dalam menguasai perisian suntingan gambar seperti Adobe Photoshop, dan FILMORA untuk suntingan video.

 

 

                                                    Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Thabrani

 

 

                                         Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Thabrani

 

______________________________________________________________________________________________________________________________

                                                         

 

   Nama : Nur Farah Wahidah Bt Halim

   Umur :  15 Tahun

   Ahli    : 18/6/2015 @ 2015

 

 

 

Latar belakang

 

Nur Farah adalah merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kampung Gajah. Nur Farah ini adalah merupakan salah seorang pelajar yang begitu semangat dalam ICT terutama apabila perlu meyiapkan kerja sekolah. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana dan sering berkunjung ke pusat internet untuk menimbal ilmu dan menyiapkan kerja sekolah. Dorongan serta sokongan daripada ibu bapa membuatkan beliau berminat menyertai pelbagai aktiviti dan kelas yang dianjurkan Pusat Internet. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarga dan berhasrat untuk memanfaatkan segala ilmu ICT bagi kelangsungan hidup untuk mencapai kejayaan dan menjadi teladan kepada adik beradiknya yang lain.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau kurang keyakinan untuk menggunakan komputer. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan perisian komputer sekaligus menyukarkan beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya. Beliau juga sering meminta bantuan daripada rakan-rakan untuk mengajarnya menggunakan komputer atau menyiapkan tugasan sekolah. Dengan kurangnya ilmu menggunakan komputer ini beliau juga tidak terdedah dengan isu-isu terkini yang mungkin dapat membantu beliau meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT, bakat beliau dapat dilihat menerusi minat beliau terhadap perisia Microsoft Office Word yang mana beliau amat meminat dalam urusan menaip seperti menaip surat, artikel dan sebagainya. Beliau juga kini sudah berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop serta Microsoft Office Publisher. Beliau juga sudah dapat menimba pelbagai ilmu komputer dengan pendedahan cara mencipta akaun google bagi memudahkan beliau mengaskses laman youtube dalam mencari bahan-bahan pembelajaran. Beliau juga pandai menggunakan laman website bagi mengakses portal sekolah untuk melihat keputusan peperiksaan. Beliau juga kini pandai mengkaji sendiri perisian Microsoft Office Word jika perlu menyiapkan kerja sekolah.

 

 

Beberapa Bengkel/ Kelas yang pernah dihadiri oleh Nur Farah

 

 

 

 

Beberapa contoh latihan dan bentuk bantuan kepada Nur Farah

 

_______________________________________________________________________________________________________________________________

 

   Nama :  Masila Binti Daud

   Umur :  52 Tahun

   Ahli    : 23/07/2017 @ 2017

 

Latar belakang

 

Pn Masila merupakan seorang usahawan pembuatan dan pemasangan langsir sejak 10 tahun yang lalu. Beliau mendapat ilham untuk memulakan perniagaan ini kerana kemahiran yang beliau pelajari dalam pembuatan langsir. Pada peringkat awal beliau berniaga secara kecil-kecilan dan menerima tempahan daripada rakan-rakan dan jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya. Penghasilan langsir yang dibuat oleh beliau membuatkan pelanggan sangat berpuas hati dan sering mendapat tempahan lagi. Beliau mendapat sokongan daripada keluarga dan suami untuk membesarkan lagi perniagaan ini sehingga mendapat tempahan daripada pelanggan luar. Sasaran beliau adalah bagi pelanggan yang akan mendirikan rumah tangga yang mana beliau juga membuat pemasangan kelambu katil. Selain daripada itu tempahan biasa iaitu setiap menjelang musim perayaan yang mana kebanyakkan pelanggan ingin menukar langsir rumah mereka. Puan Masila mendapatkan pinjaman daripada TEKUN dalam membesarkan lagi perniagaan beliau. Beliau juga banyak mengikuti bengkel dan kelas untuk mengukuhkan lagi kemahiran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan PI, beliau sudah menjana pendapatan sendiri sebanyak RM 1500 sebulan. Beliau juga turut menggunakan kaedah facebook , Instagram dan whatsapp untuk berhubung dengan pelanggan. Beliau kurang dalam aktiviti pemasaran sebaliknya bergantung kepada pelanggan tetap beliau sendiri.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui cadangan dan bimbingan dari petugas PI Kg Gajah, beliau telah mula memanfaatkan media sosial seperti facebook dan whatsapp sebagai platform berniaga yang terbaik. Beliau menggunakan kemahiran dalam membuat “copywriting” iklan bagi menyampaikan perniagaan beliau secara lebih meluas lagi. Beliau juga dapat mempelajari cara untuk menguruskan kewangan menerusi perisian Microsoft Office Excel, selain daripada menggunakan kaedah manual secara bertulis untuk merekod pendapatan yang beliau perolehi. Pendapatan beliau juga kini sudah mampu melebihi RM3000 sebulan.

 

 

                                                             Contoh langsir yang dibuat oleh Puan Masila

 

 

 

                                                                  Ruang kerja yang digunakan oleh Puan Masila

 

 

                                                               Ruang kerja yang digunakan oleh Puan Masila

____________________________________________________________________________________________________________________