Nama :  Muhamad Hafiz Bin Shaiful Bahri

   Umur :  15 Tahun

   Ahli   :   2015 

Latar belakang

Hafiz adalah merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah. Beliau berasal daripada keluarga sederhana dan sangat meminati dengan internet. Mula meminati bidang berkomputer ketika mengikuti kelas komputer yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah. Selain daripada itu beliau sangat meminati asas pembelajaran Multimedia. Beliau lebih banyak menimba ilmu tersebut di laman-laman website dan youtube di samping mengikuti kelas-kelas komputer yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah. Beliau tidak mempunyai komputer sendiri di rumah kerana faktor kewangan daripada keluarga dan atas sebab itu beliau nekad untuk menjadi ahli PI1M Kg Gajah semata-mata untuk mengikuti kelas-kelas komputer bersama rakan- rakan yang lain di PI1M Kg Gajah dan menggunakan komputer secara percuma mengikut syarat yang dikenakan oleh petugas.Semangat dan minat serta perubahan beliau tunjukkan memberi kesan baik kepada beliau dan sekaligus beliau cepat dalam mempelajari sesuatu pelajaran mengenai ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau sangat lemah dalam pelbagai matapelajaran di sekolah. Beliau juga kurang terdedah untuk mendalami ilmu berkomputer dan belajar melalui sumber-sumber daripada internet. Beliau lambat dalam menaip dan kurang berpengetahuan menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau seorang yang berminat untuk mencuba perkara baru tambahan pula pada usia muda ini beliau dikelilingi oleh rakan-rakan yang sudah serba sedikit tahu tentang ICT. Cabaran demikian membuatkan beliau sentiasa berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, dan rakan-rakan berkenaan kelebihan Pusat Internet Kg Gajah ini, beliau sudah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah selepas tamat sesi persekolahan pada tengahari. Dengan berbekalkan asas penggunaan komputer terlebih dahulu daripada tunjuk ajar petugas kini beliau sudah boleh menaip dengan baik dan boleh menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office. Beliau juga kini sudah pandai dalam modul Skrip Ke Skrin yang mana penglibatan beliau dalam mengarang Skrip dan Lakonan yang di bimbing oleh Petugas. Beliau kini lebih cenderung ke arah pengalaman baru yang dikecapinya menerusi ilmu yang di salurkan oleh petugas Pusat Internet dalam IT.

 

 ____________________________________________________________________________________________