Nama :  Rotijah Binti Kulup Satar

   Umur :  61 Tahun

   Ahli    :  14/08/2015

 

Bentuk perniagaan

Usahawan dalam mengusahakan perniagaan jualan dan pemprosesan santan.

 

Latar belakang

Rotijah KS nama gelaran bagi Puan Rotijah adalah merupakan pesara Jabatan Kerajaan dan telah mengusahakan perniagaan tersebut selepas bersara sekitar umur beliau 54 tahun. Idea penubuhan perniagaan ini adalah daripada sokongan dan dorongan kawan-kawan beliau sendiri memandangkan umur persaraan beliau pada ketika itu semakin hampir. Perusahaan beliau terkenal dengan nama Kedai Santan Mak Ngah. Dengan modal lebih kurang RM12 Ribu beliau mula berkecimpung dengan perniagaan ini hampir 7 tahun lamanya. Dengan modal tersebut beliau membina kedai, dan membeli segala perkakasan yang diperlukan untuk proses membuat santan. Dengan bantuan anak-anak dan beberapa pekerja lain beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang beliau telah ceburi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum beliau mengenali ICT atau penglibatan bersama PI Kg Gajah beliau tidak menyedari adanya platform lain yang beliau boleh ceburi bagi mengembangkan dan mempromosikan lagi perniagaan beliau kepada masyarakat. Tambahan pula pada ketika itu beliau tidak dikenali dengan media sosial dan beberapa platform lain yang boleh membantu beliau untuk mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih baik. Perniagaan beliau pernah terkenal pada suatu ketika dahulu namun sedikit sebanyak mengurangkan prestasi perniagaan memandangkan ada sesetengah masyarakat lebih memilih untuk membeli santan yang telah siap daripada kilang. Namun beliau beranggapan bahawa sesetengah masyarakat Kg Gajah yang masih belum mengenali beliau dengan perniagaan yang beliau sedang lakukan. Pendapatan beliau pada ketika itu di anggarkan mampu mencecah RM 800 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah, beliau didedahkan kaedah pemasaran yang baik menerusi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Beliau juga menggunakan turut menggunakan peluang pemasaran melalui kaedah Facebook daripada bantuan petugas PI Kg Gajah. Selain daripada itu juga beliau turut didedahkan dengan etika semasa membuat promosi melalui kaedah pemberikan brocure. Beliau sedikit sebanyak dapat mengasah semula bakat beliau untuk menaip menggunakan komputer memandangkan sudah sekian lama bersara. Pendapatan beliau kini mampu meningkat kepada RM2000 hingga RM3000 sebulan bergantung kepada permintaan terutama pada musim perayaan.

 

 

______________________________________________________________________________________