Nama :  Mohamad Arif Bin Mohd Zam

   Umur :  17 Tahun

   Ahli    :  15/08/2016

 

Latar belakang

Arif adalah merupakan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah. Beliau berasal dari Kampung Gajah dan sangat meminati dengan bidang berkomputer. Mula meminati bidang komputer ini ketika mula-mula mengikuti kelas komputer yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet Kg Gajah bersama kawan-kawan sekolahnya yang lain. Selain daripada itu beliau sangat meminati asas pembelajaran Multimedia terutama dalam modul suntingan gambar dan mencipta video. Beliau juga aktif dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh PI Kg Gajah seperti melibatkan diri sebagai ahli Skuad PI. Beliau kerap mengunjungi Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu di samping mengasah bakat beliau dalam modul Skrip Ke Skrin iaitu modul baru yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Beliau diberi pendedahan tentang teknik mencipta Skrip dan lakonan. Semangat dan minat serta kesungguhan beliau tunjukkan memberi impak baik kepada dirinya sendiri dan sekaligus beliau cepat dalam mempelajari sesuatu pelajaran mengenai ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau pernah mengikuti rakan-rakan ke Pusat Internet Kampung Gajah. Namun sebelum ini beliau tidak pernah mengetahui peluang yang beliau akan dapat apabila menjadi ahli Pusat Internet Kg Gajah. Beliau pernah menyertai kelas-kelas komputer namun tahap pencapaian beliau makin berkurangan setelah ilmu tersebut jarang-jarang digunakan dalam kehidupan seharian beliau. Tambahan pula kos untuk menggunakan komputer di Cyber Café sangat mahal pada ketika itu dan merupakan sebahagian daripada kekangan kepada beliau. Setelah mendapat nasihat daripada abangnya sendiri tentang kepentingan dan fungsi PI Kg Gajah ini beliau akhirnya mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kg Gajah untuk mendalami ilmu berkomputer dan menuntut pelbagai ilmu menerusi internet atas bimbingan petugas. Beliau seorang yang berminat untuk mencuba perkara baru tambahan pula pada usia muda ini beliau dikelilingi oleh rakan-rakan yang sudah serba sedikit tahu tentang ICT. Cabaran sedemikian membuatkan beliau sentiasa berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu daripada petugas Pusat Internet Kg Gajah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, dan rakan-rakan berkenaan kelebihan Pusat Internet Kg Gajah ini, beliau sudah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah pada setiap petang. Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas yang dianjurkan oleh Petugas. Beliau kini berkebolehan menggunakan pelbagai perisian seperti Adobe Photoshop, Wondershare Filmora, Movie Maker, Microsoft Office dan sebagainya selain daripada berkemahiran mengarang skrip dan lakonan sendiri dalam sesi bimbingan modul Skrip Ke Skrin. Beliau kini lebih cenderung ke arah mencari ilmu dan pengalaman baru dalam bidang komputer bagi mengasah lagi bakat untuk bekalan beliau semasa menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

 

 

 

__________________________________________________________________________________________________

 

   Nama :  Abdul Kamal B. Abdul Karim

   Umur :  38 Tahun

   Ahli    :  26/08/2015

 

Bentuk perniagaan

Usahawan dalam mengusahakan makanan dan minuman untuk sarapan pagi dan juga makanan tengahari. Makanan yang terkenal di Restoran Abdul Karim dan Kamal ini adalah seperti Nasi Kandar, Roti Canai, Rojak, dan Mee Goreng. Beliau juga mengadakan masakan panas bergantung pada permintaan pelanggan.

 

Latar belakang

 Restoran Abdul Karim Dan Kamal telah diusahakan oleh En Abdul Kamal selama hampir 20 tahun menyambung legasi keturunan beliau iaitu sudah melebihi 100 tahun. Ketika perniagaan pada usia awal yang diusahakan oleh bapanya, Restoran ini sangat terkenal dan sering dikunjungi ramai. Pernah juga orang kenamaan seperti Wakil Rakyat Dato Sri Haji Tajuddin B Abdul Rahman dan Exco Menteri turut mengunjungi Restoran beliau kerana terkenal dengan Nasi Kandar, Roti Canai dan Rojak pada ketika itu hingga kini. Beliau bercadang untuk lebih cenderung ke arah peniagaan seperti Food Truck untuk memperkenalkan lagi perniagaan beliau pada orang ramai supaya legasi perniagaan mereka masih menjadi tumpuan komuniti. Daripada ilham keturunannya beliau kini Berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Kini anak-anak beliau serta adik beradik beliau lain turut sama-sama memajukan perniagaan yang mereka usahakan kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum beliau mengenali ICT atau penglibatan bersama PI Kg Gajah beliau tidak diberikan pendedahan berkenaan peluang pemasaran menggunakan platfom seperti media sosial dan kaedah-kaedah pemasaran lain seperti mencipta brocure dan flyers sendiri. Perniagaan beliau pernah terkenal pada suatu ketika dahulu namun sedikit sebanyak mengurangkan prestasi perniagaan memandangkan generasi dahulu berkurangan dan kurang menjadi tumpuan untuk generasi yang kini memandangkan ada sesetengah daripadanya tidak mengetahui kewujudan perniagaan beliau. Pendapatan kasar beliau pada ketika itu adalah sekitar RM9000 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Melalui cadangan dan bimbingan dari Pusat Internet Kg Gajah, beliau didedahkan kaedah pemasaran yang baik menerusi Whatsapp dan telegram kerana kecenderungan beliau dalam berkongsi maklumat menerusi group daripada dua aplikasi terbabit. Beliau juga mensasarkan anak beliau untuk mempelajari Instagram dan Facebook bagi melanjutkan lagi pemasaran yang baik untuk masa depan perniagaan beliau kerana kekangan beliau untuk hadir ke Pusat Internet Malaysia Kg Gajah. Dengan tunjuk ajar dan semangat yang turut ditunjukkan oleh anak beliau, pihak petugas Pusat Internet Kg Gajah dapat memberikan perkongsian yang baik kepada anak beliau bagi membantu beliau dalam perniagaan yang beliau ceburi kini disamping beliau turut dapat belajar bersama anak beliau dalam bentuk promosi melalui Facebook dan Instagram. Pendapatan beliau kini meningkat kepada RM10000 sebulan dan pernah lebih sehingga angka RM15000 sebulan.

 

 

_____________________________________________________________________________________________

 

 

   Nama :  Muhamad Hafiz Bin Shaiful Bahri

   Umur :  15 Tahun

   Ahli   :   2015 

Latar belakang

Hafiz adalah merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah. Beliau berasal daripada keluarga sederhana dan sangat meminati dengan internet. Mula meminati bidang berkomputer ketika mengikuti kelas komputer yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah. Selain daripada itu beliau sangat meminati asas pembelajaran Multimedia. Beliau lebih banyak menimba ilmu tersebut di laman-laman website dan youtube di samping mengikuti kelas-kelas komputer yang di anjurkan oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gajah. Beliau tidak mempunyai komputer sendiri di rumah kerana faktor kewangan daripada keluarga dan atas sebab itu beliau nekad untuk menjadi ahli PI1M Kg Gajah semata-mata untuk mengikuti kelas-kelas komputer bersama rakan- rakan yang lain di PI1M Kg Gajah dan menggunakan komputer secara percuma mengikut syarat yang dikenakan oleh petugas.Semangat dan minat serta perubahan beliau tunjukkan memberi kesan baik kepada beliau dan sekaligus beliau cepat dalam mempelajari sesuatu pelajaran mengenai ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau sangat lemah dalam pelbagai matapelajaran di sekolah. Beliau juga kurang terdedah untuk mendalami ilmu berkomputer dan belajar melalui sumber-sumber daripada internet. Beliau lambat dalam menaip dan kurang berpengetahuan menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau seorang yang berminat untuk mencuba perkara baru tambahan pula pada usia muda ini beliau dikelilingi oleh rakan-rakan yang sudah serba sedikit tahu tentang ICT. Cabaran demikian membuatkan beliau sentiasa berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, dan rakan-rakan berkenaan kelebihan Pusat Internet Kg Gajah ini, beliau sudah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah selepas tamat sesi persekolahan pada tengahari. Dengan berbekalkan asas penggunaan komputer terlebih dahulu daripada tunjuk ajar petugas kini beliau sudah boleh menaip dengan baik dan boleh menggunakan perisian asas seperti Microsoft Office. Beliau juga kini sudah pandai dalam modul Skrip Ke Skrin yang mana penglibatan beliau dalam mengarang Skrip dan Lakonan yang di bimbing oleh Petugas. Beliau kini lebih cenderung ke arah pengalaman baru yang dikecapinya menerusi ilmu yang di salurkan oleh petugas Pusat Internet dalam IT.

 

 ____________________________________________________________________________________________

   Nama :  Raja Fariez Husaini Bin Raja Rosli

   Umur :  17 Tahun

   Ahli    :  25/06/2015

 

Latar Belakang

Raja Fariez adalah merupakan pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah. Beliau berasal dari Kampung Gajah dan sangat meminati dengan bidang berkomputer. Mula meminati bidang komputer ini ketika mula-mula mengikuti kelas komputer yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet Kg Gajah. Selain daripada itu beliau sangat meminati asas pembelajaran Multimedia terutama dalam modul suntingan gambar dan mencipta video. Beliau kerap mengunjungi Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu di samping mengasah bakat beliau dalam modul Skrip Ke Skrin iaitu modul baru yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Beliau diberi pendedahan tentang teknik mencipta Skrip dan lakonan. Semangat dan minat serta kesungguhan beliau tunjukkan memberi impak baik kepada dirinya sendiri dan sekaligus beliau cepat dalam mempelajari sesuatu pelajaran mengenai ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet Kg Gajah, beliau pernah mengikuti rakan-rakan ke Pusat Internet Kampung Gajah. Sebelum ini beliau tidak mengetahui peluang yang beliau akan dapat apabila menjadi ahli Pusat Internet Kg Gajah. Setelah mendapat nasihat daripada petugas beliau akhirnya mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kg Gajah untuk mendalami ilmu berkomputer dan belajar melalui sumber-sumber daripada internet. Beliau seorang yang berminat untuk mencuba perkara baru tambahan pula pada usia muda ini beliau dikelilingi oleh rakan-rakan yang sudah serba sedikit tahu tentang ICT. Cabaran demikian membuatkan beliau sentiasa berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah untuk menimba ilmu daripada petugas Pusat Internet Kg Gajah

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I

Setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, dan rakan-rakan berkenaan kelebihan Pusat Internet Kg Gajah ini, beliau sudah sering berkunjung ke Pusat Internet Kg Gajah pada setiap petang. Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas yang dianjurkan oleh Petugas. Banyak perubahan yang beliau alami terutama bakat beliau dalam menggunakan komputer kerana berkat daripada kesungguhan yang beliau tunjukkan kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dengan baik disamping menguasai perisian-perisian seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Disamping itu juga beliau kini sudah menguasai asas dalam mencipta video menggunakan perisian seperti Movie Maker dan Filmora Wondershare serta berkebolehan dalam mengarang Skrip dan Lakonan yang di bimbing oleh Petugas bagi modul baru yang dianjurkan petugas iaitu Skrip Ke Skrin. Beliau kini lebih cenderung ke arah mencari ilmu dan pengalaman baru dalam bidang komputer bagi mengasah lagi bakat untuk bekalan beliau semasa menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

__________________________________________________________________________________________