Masyarakat sendiri sedar bahawa penggunaan telefon bimbit semasa menunggang atau memandu kenderaan menjadi antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya. Akan tetapi, masih ramai yang mengabaikan peraturan ini.
Bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 tersebut telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.
Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.