PERUSAHAAN DODOL DAN BAHULU

       Pn. Normi bt. Ramli pemilik syarikat Era Empai Maju Ent. Merupakan mengusaha dodol traditional Kg. Gajah. Resepi dan perniagaan yang diwarisi secara turun temurun sejak 15 tahun lalu. Pembuatan dodol di buat melalui 2 kaedah iaitu kaedah traditional dan kaedah moden. Adakalanya pelanggan beliau inginkan dodol yang dibuat melalui kaedah tradisitonal kerana kelainan pada rasa asli dodol tersebut. Keistimewaan dodol di sini adalah kepelbagaian rasanya yang tersendiri. Proses penyediaan dodol  yang asli seperti tepung beras diperolehi secara mengisar beras juga menggunakan bahan perasa yang asli. Antara dodol yang dijual adalah dodol cempedak, dodol biasa, dodol durian, dodol pulut hitam dan dodol pandan. Dodol biasa dan dodol pulut hitam mendapat permintaan yang tinggi di kalangan penduduk tempatan.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi 019-5614003 atau melayari lawan webwww.dodolbonda.com.my