Jambatan Bagan Datuk

JAMBATAN BARU DARI KAMPUNG SEJAGOB KE BAGAN DATUK

Jambatan itu memberi kemudahan kepada akses laluan pengangkutan utama dengan masa lebih singkat seperti ke Lembah Klang dan Pelabuhan Lumut, selain menghubungkan Bagan Datuk dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

Jambatan sepanjang 1.54km merentasi Sungai Perak itu menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan Perak Tengah yang bakal memberi manfaat kepada 70,300 penduduk sekitar dua daerah berkenaan.

Projek yang menelan belanja RM406 juta itu turut membabitkan pembinaan jalan sejauh 8.2 kilometer (km) menggunakan 'elevated road' bagi mengatasi masalah tanah gambut di sebelah Bagan Datuk.