Tarikh : 08 Julai 2024

Masa : 2.00 PM - 3.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Rendah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Objektif kursus ini adalah mengajar pelajar fahami bahasa inggeris dengan mencapai target minimal 50 kata baru melalui aplikasi FunEasyLearn. Fokus pada kata-kata sering digunakan dalam situasi harian untuk meningkatkan kemampuan berbicara dan memahami bahasa inggeris secara praktis.

Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Melalukan latihan khusus yang mengfokuskan pada aturan tata bahasa dalam bahasa inggeris sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di aplikasi FunEasyLearn.

Menyediakan ruang belajar yang selesa dan lengkap.

Memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang. 

Gambar Disini

Tarikh : 06 Julai 2024

Masa : 5.00 PM - 6.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Membimbing pengguna belajar menerusi kaedah E-Pembelajaran yang menempatkan sesi menjawab kuiz dan soalan.

Memberi kaedah pembelajaran yang sistematik dan teratur berserta bahan yang menyeronokkan.

Mengalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Pelajar dapat fahami pelbagai kaedah dan cara dalam menggunakan internet untuk mencari halaman yang menyediakan Kuiz secara atas talian.

Memberi kelebihan kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam mengikuti pelbagai latihan komputer di masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 02 Julai 2024

Masa : 2.30 PM - 3.30 PM

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

YBhg. Encik Mohd Azlan Bin Helmi membincangkan tentang masalah-masalah yang sering dihadapi oleh usahawan dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Petugas memberikan taklimat yang komprehensif mengenai kelas atau program yang telah dijalankan, dan kisah-kisah kejayaan usahawan. Selain itu, petugas juga menjelaskan dengan terperinci tentang rancangan-rancangan akan datang untuk dilaksanakan di NADI.

- AKTIVITI -

YBhg. Encik Mohd Azlan Bin Helmi berharap lebih ramai usahawan dapat dilahirkan melalui latihan keusahawanan yang diadakan di NADI khususnya menggalakkan usahawan untuk menggunakan platform digital dalam pernigaan mereka. 

Gambar Disini

Tarikh : 06 Julai 2024

Masa : 3.00 PM - 5.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Memberikan penjelasan tentang matlamat dan manfaat program Nilam, serta bagaimana pelajar boleh menyertai dan memanfaatkan program tersebut.

Mengajar pelajar cara untuk merekodkan buku yang telah dibaca dan mengira mata atau kredit yang diperoleh.

Membantu pelajar memilih buku yang sesuai dan menarik minat mereka, serta memberi galakan untuk membaca secara konsisten.

- AKTIVITI -

Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk minat membaca secara sosial dengan cara yang menyeronokkan, sambil memudahkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan mereka tentang buku yang dibaca. Ini juga membantu dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan berfikir kritis.

Menggunakan NADI untuk membantu pelajar memahami bagaimana menggunakan teknologi secara etika dan bertanggungjawab.. 

Gambar Disini

Tarikh : 23 Jun 2024

Masa : 4.00 PM - 6.00 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Menengah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Pelajar dapat menguasai kemahiran asas dalam menggunakan perisian Microsoft Word untuk tujuan penulisan, penyuntingan, dan pemformatan teks.

Pelajar dapat menyediakan kertas kerja sejarah yang berkualiti menggunakan Word, termasuk penyusunan teks, penyelarasan gambar, carta, dan jadual mengikut format yang betul.

Pelajar dapat menggunakan fungsi-fungsi khusus dalam Word seperti penomboran halaman, penjuru, pengepala, dan penandaan halaman, yang dapat meningkatkan keprofesionalan dan keteraturan kertas kerja.

- AKTIVITI -

Pengajar membantu pelajar membetulkan teks yang perlu diformat dengan baik seperti menggantikan jenis huruf, ukuran, warna teks, dan pemformatan teks.

Pelajar menggunakan alat-alat seperti indent, spacing, dan alignment untuk menyesuaikan dokumen dengan cara yang betul.

Menggunakan NADI untuk membantu pelajar memahami bagaimana menggunakan teknologi secara etika dan bertanggungjawab.. 

Gambar Disini