Tarikh : 24 Februari 2024

Masa : 10.30 AM - 12.30 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Rendah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Pengajar akan menjelaskan kepada pelajar memahami microsoft word dan fungsi asas seperti menu, toolbar, dan navigasi dokumen.

Mempelajari cara untuk memformat teks seperti mengubah jenis huruf, saiz, warna, dan gaya teks.

Mempelajari cara menyisipkan gambar, grafik, dan bentuk dalam dokumen Word, serta mengatur posisi dan saiz mereka.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

Menggalakkan pelajar mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Beri peluang kepada pelajar untuk menggunakan Word secara langsung.

Pengajar memberi tugas kepada pelajar dan minta pelajar membuat mengikut apa yang pengajar berikan menggunakan microsoft word.

Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Februari 2024

Masa : 2.30 PM - 4.30 PM

Golongan : Wanita

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Membantu peserta dalam menyusun kandungan MyResume SPA secara teratur dan berfokus, dengan memberi tumpuan kepada penyampaian maklumat yang paling relevan dan penting.

Menyediakan panduan kepada peserta dalam menyesuaikan MyResume SPA dengan keperluan jawatan yang diiklankan, serta memberi penekanan pada kaitan antara kemahiran dan pengalaman mereka dengan keperluan pekerjaan tersebut.

Meningkatkan keyakinan peserta dalam kemampuan mereka untuk menghasilkan MyResume SPA yang profesional dan menarik.

Menggalakkan usahawan mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Petugas akan menerangkan pengenalan untuk memahami tujuan MyResume SPA, format yang diperlukan, dan butiran-butiran yang harus disertakan.

Berikan panduan tentang teknik penyuntingan untuk membantu pengguna menyempurnakan MyResume mereka dengan membuang sebarang maklumat yang tidak relevan dan memperbaiki struktur ayat.

Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.

Gambar Disini

Tarikh : 14 Februari 2024

Masa : 2.30 PM - 4.30 PM

Golongan : OKU

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Menawarkan pembelajaran kepada pelajar dalam konsep seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital.

Memberikan galakkan kepada pelajar untuk menuntut ilmu grafik bagi memupuk kemahiran di masa akan datang.

Mengalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Petugas memeberikan penerangan tentang typogrid kepada pelajar.

Pelajar perlu membuat tulisan khat dengan kreativiti sendiri menggunakan typogrid.

Pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Februari 2024

Masa : 10.30 AM - 12.30 PM

Golongan : Usahawan

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Pengajar akan menjelaskan kepada usahawan tentang konsep dasar Bing AI dan ChatGPT, termasuk bagaimana teknologi ini dapat dimanfaatkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti perkhidmatan pelanggan, analisis data, dan pengambilan keputusan.

Usahawan akan dibimbing untuk memahami cara mengintegrasikan Bing AI dan ChatGPT ke dalam operasi perniagaan mereka. Ini termasuk mempelajari contoh penggunaan dan kajian kes dari pelbagai industri untuk memberi pandangan tentang bagaimana teknologi ini boleh diterapkan secara berkesan.

Dengan memperoleh pemahaman yang kukuh tentang Bing AI dan ChatGPT melalui pengajaran, usahawan akan dapat mengoptimumkan penggunaan teknologi ini dalam perniagaan mereka

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Petugas akan memberi penerangan untuk memperkenalkan konsep Bing AI dan ChatGPT kepada usahawan, termasuk pengenalan konsep dasar, potensi penggunaan dalam bisnis, dan manfaatnya.

Memberikan latihan amali di mana usahawan boleh mencuba menerapkan Bing AI dan ChatGPT dalam konteks perniagaan mereka sendiri.

Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Januari 2024

Masa : 2.30 PM - 4.30 PM

Golongan : Pelajar Sekolah Rendah

Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Gajah

 

- OBJEKTIF -

Menawarkan pembelajaran kepada pelajar dalam konsep Kahoot iaitu mengenal segala perkakasan yang terdapat dalam sebuah komputer atau laptop.

Memberikan galakkan kepada pelajar untuk menuntut ilmu grafik bagi memupuk kemahiran di masa akan datang.

Mengalakkan pengguna mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas NADI Kg Gajah.

Meningkatkan jumlah pengunjung yang ingin belajar dan menimba ilmu di NADI Kg Gajah.

- AKTIVITI -

Pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan disamping menghayati persoalan yang terjawab di Kuiz.

Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di NADI.

Gambar Disini